


so sweet kan :')

yeahh '' you jump i jump ''
omyyyy asalamualaikum and selamat pagi XD hari nie tertiba rase nak cerita pasal lelaki yang jenis romantic niee , awwww ;) weyy lelaki yang romactic nie selalu nya dari lelaki yang sangat gentle gile . haha aku suka lelaki yang memang jenis tak akan malu dengan awek dia and akan buat peragai sendiri . hehe , mean tak HIPOKRIT lah kan ^^ yeahh dia depan kawan - kawan aku pun dia buat peragai bercinta kita orang , and funny ;) *ade tak lelaki cm tu -,-
haha aku selalu beragan jumpa lelaki yang kalau depan orang dia selambe badak , babun dia jee dengan peragai dia XD hehe . syokkkk wooo dia nie memang kalau couple boleh kekal sampai pelamin . insyallah kalau ade jodoh :')
tips untuk menjadi seorang lelaki yang romantik
Tarikh- Sentiasa memperingati tarikh-tarikh penting di dalam hubungan anda. Walaupun bagi korang ini benda remeh, tapi perempuan sangat pentingkannya tau.
Sokongan- Sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang pasangan anda cuba usahakan. Elakkan daripada memberi lebih banyak kritikan. itu tak membantu okay.
Lakukan kerja rumah- Untuk suami, anda sudah merupakan seorang yang romantik sekiranya membantu isteri anda dalam melakukan kerja-kerja rumah. Tak ada yang nak dimalukan sekiranya awak tolong isteri awak sidai baju dan kemas rumah. Malah boleh dianggap suami mithali tu.
Seni- Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada pasangan anda.
Kata-kata- Pasti ramai yang mengetahui dengan kata-kata sahaja mampu untuk membahagiakan atau menghancurkan perasaan seseorang. Sentiasa luahkan kata-kata yang indah terhadap pasangan anda. Takkan asyik kami je yang nak cakap saya sayang awak!
Janji- Tunaikan setiap janji yang anda berikan kepada pasangan anda. Itu sudah menunjukkan anda seorang yang romantik. Wanita paling pantang kalau lelaki mungkir janji, so better you don't.
Setia- Kesetiaan adalah suatu perkara yang sungguh indah. Setia pada pasangan dan pasti anda amat menghargai hubungan tersebut. Percayalah, kami akan setia kalau awak setia.
Layanan- Berikan layanan yang betul-betul istimewa terhadap pasangan anda. Cuba bezakan layanan anda bersama rakan dan layanan terhadap orang yang betul-betul anda sayang. Kadang-kadang cuma SMS take care pun sudah cukup umtuk wanita rasa dihargai.
Penghargaan- Setiap orang didunia ini amat suka sekiranya dihargai. Tunjukkan penghargaan anda terhadap pasangan. Berikan pujian terhadap sesuatu yang mereka usahakan terutamanya perkara yang melibatkan pengorbanan kepada anda. Sekiranya anda menghargai pasangan anda, anda juga akan turut dihargai.
Untuk menjadi seorang yang romantik tidaklah sesukar seperti yang difikirkan. Lebih fokuskan kepada sesuatu yang mudah terlebih dahulu, kemudian sekiranya anda mempunyai masa, wang, dan situasi yang mengizinkan, barulah berusaha untuk melakukan sesuatu yang lebih romantik lagi untuk kenangan bersama.
Sesuatu yang besar tidak akan wujud sekiranya anda tidak bermula daripada sesuatu yang kecil.
Hawa itu diciptakan dari tulang rusuk Adam.
Bukan di kakinya untuk dialasi.
Bukan di kepalanya untuk dijunjung.
Tapi dekat di bahunya untuk dilindung.
Dekat jua di hati untuk disayangi.