Pages

tip mendekati remaja


ehh hai guys , tetibe terigin nak cakap pasal remaja . yess aku remaja , and aku tetiba nak cara cara orang tua untuk mendekati remaja . yaa aku pun ada masalah yang sama dalam keluarga aku , dan aku tak setuju dengan cara dorang nak ubah aku . cara teguran diaorang , and ada juga yang aku setuju . 
 dalam islam ada menyata kan cara untuk menegur seseorang .

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (tentang kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang yang bertawakkal kepada-Nya.'

‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

bukan dengan cara memalukan aku dekat public , sorry bukan niat nak memalukan . kita ada salah masing masing and wajib tegur kan ? and serious terasa gila bila satu rumah but tak bercakap . i know abang dh give up nk nasihatkan nurul , but jangan bezakan nurul and yg lain . diaorang ada cara masing masing untuk lalui zaman remaja diaorang . so jangan hina nurul dekat public , please open your mind . sekarang and dulu lain persekitaran dia .

Tip Mendekati Anak Remaja
Remaja ialah kumpulan insan yang unik, inginkan kebebasan, mudah terpengaruh dan mempengaruhi, ada keinginan untuk mencuba sesuatu yang baharu dan pelik, serta berada di alam yang tidak difahami oleh mereka yang dewasa dan matang. Di samping itu, remaja boleh berkembang ke arah potensi yang cemerlang. Malahan, remaja juga mudah terpengaruh ke arah perkara negatif yang boleh memudaratkan diri.
Remaja suka mencuba dan akan terus mencuba sesuatu yang baharu serta bereksperimen tentang identiti diri mereka untuk membebaskan diri daripada peraturan yang ditentukan oleh keluarga dan masyarakat.
Kebanyakan remaja akan melakukan pelbagai pembaharuan dalam keadaan yang tidak terlalu membahayakan diri, namun terdapat pula remaja yang mudah terpengaruh dengan budaya yang sangat asing dan songsang. Perkara inilah yang perlu menjadi kerisauan ibu bapa serta ahli keluarga lainnya.
Antara perkara melampau yang dilakukan oleh remaja serta bercanggah dengan norma kehidupan biasa ialah ponteng sekolah, menghisap rokok, minum arak dan mengambil dadah, merosak harta benda awam, merempit, mencuri, menyamun, bergaduh, ganggu seksual, berzina, dan sehingga sanggup membunuh.
Perkara ini jika tidak dikawal sejak dari awal remaja, ia boleh merebak sehingga menjadi parah. Minggu ini diberikan tip, khususnya kepada ibu bapa bagaimana masalah ini dapat ditangani dan dapat dielakkan.
1. Berbual Bukan Membisu
Jadikan satu budaya untuk berbual dengan anak-anak dalam masa beberapa minit setiap hari. Mungkin ada perkara yang anda bersetuju dengannya dan mungkin juga ada perkara yang dia tidak bersetuju dengan anda. Itu merupakan perkara yang positif kerana anda telah memberi peluang kepadanya untuk menyatakan sesuatu kepada anda, manakala dia pula berpeluang untuk mendengar hujah anda. Budaya ini membolehkan dia menyatakan masalahnya kepada anda manakala anda pula berpeluang untuk mendengar dan memberi pandangan. Hasilnya dia memahami anda dan dia anda fahami.
2. Cinta Bukan Benci
Perkara yang paling menyeronokkan dalam kehidupan ialah apabila kita mengetahui ada orang yang sayang kepada kita. Lebih-lebih lagi, orang yang menyayangi kita itu ialah orang yang penting dalam hidup kita, apatah lagi orang yang melahir dan membesarkan kita. Anak-anak akan hidup dan berkembang jiwanya apabila tahu dirinya disayang, dimanja dan dibelai. Disayang tidak bermakna tidak boleh dimarahi, dimanja tidak bermakna tidak boleh ditegur dan dibelai tidak bermakna tidak boleh dihukum. Dimarahi bukan dibenci, ditegur bukan dihina dan dihukum bukan disakiti hatinya.
3. Makan Beradab Bukan Makan Berjalan
Cari peluang untuk makan bersama-sama dalam satu keluarga sama ada semasa bersarapan pagi, makan tengah hari, minum petang atau makan malam. Semasa makan, pastikan tiada ahli keluarga yang membuat kerja lain seperti makan sambil bercakap dengan telefon bimbit, membaca komik, majalah atau surat khabar. Tutup televisyen dan semua alat hubungan telekomunikasi. Komunikasi yang boleh berfungsi ketika itu ialah apa yang ada pada tubuh badan masing-masing.
Gunakan mata untuk menatap wajah, telinga untuk mendengar serta pergerakan tangan dan badan untuk menunjukkan ekspresi perkara yang dibualkan. Dengan cara ini, setiap ahli keluarga anda akan menjadi manusia sejati yang mempunyai roh dan perasaan serta berfungsi sebagai manusia yang beradab.
4. Bantu Bukan Batu
Jika anda mengesan anak anda bermasalah sama ada di rumah atau di sekolah, berikan perhatian segera untuk membantu menangani masalah itu. Jika anda mengesan dia malas belajar, cari puncanya dan beri dia motivasi. Jika dia tidak membuat kerja sekolah, cari puncanya dan bantu dia atasi masalah yang dihadapinya. Jika dia ponteng sekolah, cari puncanya dan bantu dia agar dia boleh ke sekolah. Jika anda tidak mampu untuk membantu, dapatkan seseorang yang lain untuk membantu anda dan usahakan agar anak anda dapat dibantu. Jika anda diamkan sahaja, membatu tanpa sebarang usaha, masalah yang dialaminya itu akan menjadi parah. Apabila masalah itu telah membatu dalam diri anak, maka anda akan menyesal sepanjang hayat.
5. Beri Dorongan Bukan Kongkongan
Berikan sokongan kepada anak anda untuk terlibat dalam aktiviti yang positif sama ada di sekolah mahupun di rumah.
Jangan perkecilkan kebolehannya jika dia menyertai aktiviti kawad kaki sedangkan dia tiada kepandaian dalam aktiviti tersebut. Jangan disindir kebolehannya untuk menyertai kelab kebudayaan di sekolah walaupun anda tahu dia bukannya seorang penari yang berbakat. Berilah sokongan seadanya. Belikan dia pakaian seragam baharu jika itu yang dipintanya, belikan dia kasut bola baharu jika itu yang dihajatinya. Sokongan anda itu sebenarnya tidak dapat dinilai dari aspek wang ringgit kerana anda sedang membeli minatnya agar minatnya berkembang subur bersama-sama dengan cita-citanya.
6. Jelaskan Peraturan Bukan Dikaburkan
Rumah dan keluarga anda perlu ditadbir urus dengan baik. Pentadbiran yang baik bermula daripada pengurus yang baik. Setiap ahli perlu tahu misi dan visi keluarga anda. Untuk mencapai visi dan misi, ahliahli perlu tahu apakah langkah-langkah dan aturan yang perlu diikuti dan dituruti. Walaupun ia tidak semudah bagai dikata, namun untuk mentadbir sebuah keluarga adalah lebih mudah dibandingkan untuk mentadbir sebuah daerah. Setiap ahli perlu tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Oleh itu, setiap peraturan dan pantang-larang dalam sebuah keluarga hendaklah jelas dan difahami oleh semua ahli. Ibu bapa bertanggungjawab penuh terhadap perjalanan pentadbiran ini sambil disokong oleh setiap ahli. Setiap pemimpin itu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.
7. Ambil Peduli Bukan Tidak Peduli
Anak remaja yang keluar dari rumah perlu ditanya ke mana tujuannya dan bila pula kembalinya. Anda berhak memberi kata putus demi keselamatannya anak di bawah jagaan anda. Anak remaja perempuan dan anak remaja lelaki ada peraturanperaturan asas tertentu yang perlu ibu bapa terapkan. Beritahu tentang kerunsingan anda dan dapatkan kepastian daripada mereka bahawa perkara yang mereka lakukan tidak menyalahi peraturan yang telah ditetapkan. Jika anda selalu membudayakan perkara ini dalam keluarga, insyaAllah anak-anak akan memahami perasaan dan kehendak anda. Mereka juga dapat merasakan diri mereka disayangi dan berharga. Mereka juga sedar bahawa mereka juga hadir dan wujud di dalam keluarga. InsyaAllah mereka bukan sahaja akan menjaga maruah dan diri mereka, malah mereka akan cuba juga menjaga diri dan maruah anda sekeluarga.